SELAMAT DATANG KE BLOG TRAVELOG QARRSO
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Wah, seronoknya dapat meluangkan masa bersama keluarga! Oleh itu, saya manfaatkan cuti sekolah akhir tahun bersama keluarga. Seronok tau kawan-kawan.. Jom tengok apa yang menarik🥰🥰
Pada 26 Disember 2019, saya dan keluarga telah bercuti di beberapa tempat yang menarik di Johor. Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta. 🚗
Pada malam sebelumnya, kami telah menyediakan keperluan yang dibawa seperti bekalan makanan, pakaian, duit dan lain-lain.
Perjalanan dari rumah saya ke Johor mengambil masa dalam satu jam setengah. Tidak lepas mata ini memandang ke luar tingkap. Adik-adik pun begitu hingga tertidur mereka.
Kami terus melangkah masuk ke dalam zoo dengan diiringi kicau-kicauan burung di dalam sangkar yang besar. Terdapat juga orang utan sedang bergayut di dahan pokok. Saya tertarik dengan aksinya yang cuba untuk menarik perhatian pelancong.
Tidak lepas mata ini memandang ke luar tingkap. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bangunan-bangunan tinggi yang hampir mencakar langit menjadi tatapan mata ini. Adik-adik pun begitu, hingga tertidur mereka.
Destinasi pertama yang kami tuju ialah Zoo Johor. Kami berasa teruja untuk melihat haiwan-haiwan di dalamnya.
Setiba sahaja di Zoo, ayah terus mencari tempat letak kereta. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar sementara ayah menguruskan pembayaran tiket di kaunter.
Kami terus melangkah masuk ke dalam zoo dengan diiringi kicau-kicauan burung di dalam sangkar yang besar. Terdapat juga orang utan sedang bergayut di dahan pokok. Saya tertarik dengan aksinya yang cuba untuk menarik perhatian pelancong.
Terdapat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di sini. Saya berasa teruja untuk mengambil gambar semua spesies ini. 

Ular Sawa ini sedang tidur selepas kekenyangan.
Harimau Malaya merendahkan diri di dalam air untuk mengawal suhu badan.

Harimau Malaya merendahkan diri di dalam air untuk mengawal suhu badan.
Saya juga ada mencatit sedikit sebanyak maklumat yang tertulis pada papan info.
Setelah puas meronda-roda zoo, kami keluar dan bersiap untuk ke destinasi yang lain pula. Ayah memberitahu bahawa kami akan mandi-manda di Hutan Bandar pula.
Adik pun sudah bersorak kegirangan.
Kami semua menikmati hidangan dengan ketenangan alam yang indah di pandang. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan penyayang. Sebaik sahaja habis makan, saya dan adik-adik membantu ibu membuang sampah dan berkemas. Seusai itu, kami bertiga berlari ke arah kolam renang yang dipenuhi orang ramai dan terjun.💦
Setelah puas bermandi-manda , kami naik ke atas pula kerana keletihan dan minum air. Setelah dua jam berada di Hutan Bandar, kami berkemas dan menukar pakaian yang basah.
Di dalam kereta pula ayah bertanya sama ada mahu melawat Taman Merdeka ataupun tidak. Sudah pasti kami mahu berjalan-jalanlagi walaupun matahari sudah tegak di atas kepala.
Setelah puas meronda-roda zoo, kami keluar dan bersiap untuk ke destinasi yang lain pula. Ayah memberitahu bahawa kami akan mandi-manda di Hutan Bandar pula.
Adik pun sudah bersorak kegirangan.
Sebelum mandi, kami berkelah dulu di bawah sepohon pokok yang renek bersebelahan kolam renang . Pelbagai juadah yang kami bawa seperti mi goreng, nasi lemak, kuih-muih dan air.
Saya berasa gembira melihat adik-adik senang hati. Dilayangkan sahaja karenah mereka bermain dengan air. Ibu dan ayah pula berpindah tempat ke kawasan yang redup sambil bermain telefon pintar. 📱
Di dalam kereta pula ayah bertanya sama ada mahu melawat Taman Merdeka ataupun tidak. Sudah pasti kami mahu berjalan-jalanlagi walaupun matahari sudah tegak di atas kepala.
Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini disebabkan projek ini mungkin baru sahaja dirancang. Pada waktu malam tertentu akan ada lampu berwarna-warni di hujung jambatan tasik. Taman Merdeka ini juga sebenarnya cantik untuk mengambil gambar sebagai kenangan.
Pada pukul dua petang, ayah mengajak kami semua pulang. Kami pulang dengan hati yang berat kerana ingin berlama-lama lagi di situ. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, perut kami sekeluarga sudah memainkan irama minta diisi. Ayah berhenti di sebuah kedai makan di Kukup, Pontian. Kedai makan itu terletak bersebelahan dengan Muzium Bugis. Niat kami memang ingin masuk, tetapi ditutup buat sementara waktu.
Walaupun sudah 15 tahun tinggal di daerah Pontian, saya masih belum pernah memasuki muzium ini
Pada pukul 5 petang, kami semua pulang ke rumah dengan gembira walaupun kepenatan. Saya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan merapatkan silaturahim sesama sendiri.
Sebelum saya mengakhiri blog ini, saya telah menyediakan linkuntuk melihat video preview tugasan ini.
Melalui penulisan blog ini, saya dapat mengekalkan tempat-tempat yang menarik ini dengan menyebarkannya kepada orang ramai. Di Zoo Johor, saya dapat melihat pelbagai spesies haiwan dan boleh memberi makanan kepada mereka. Selain itu, Hutan Bandar pula adalah tempat untuk pencinta alam kerana masih banyak pokok dan udara yang segar. Semasa di Taman Merdeka pula saya dapat melihat banyak tempat yang cantik untuk mengambil gambar. Pada pendapat saya, tempat-tempat ini perlu dikekalkan supaya generasi seterusnya dan pelancong dapat menikmati keindahan ini.
🌻Sekian, terima kasih kerana mengunjungi blog saya.🌻
-QURRATU AIN BINTI YAACOP -
3 OXFORD
JP180129
Wah!!!..Video Travelog yang sangat menarik dan perkongsian yang disampaikan juga mempunyai penulisan yang amat gramatis.😉
ReplyDeletelawanya. cantik travelog awak. videonya pon mebarik
ReplyDeleteWahh sangat menarik perkongsian awak ! Terhibur saya membacanya ;)
ReplyDeleteWah! Blog awak sangat menarik dan saya ingin kesana dan merasai pengalaman.
ReplyDeletePercutian awak ke sana membuatkan saya berasa semangat untuk ke sana pula. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman, saya amat menghargainya :)
ReplyDeleteSetelah sekian lama tidak mengunjungi ke muzium,apabila saya melihat blog awak seperti ingin ke sana suatu masa nanti.
ReplyDeletewah. blog yang Menarik ! good job qurratu ! ❤️❤️❤️
ReplyDeleteBlog yang menarik dan bagus!
ReplyDeletewahhh perkongsian yang menarik. Teruja saya membaca blog awak. Gambar serta penerangan juga amat jelas. Terima kasih diatas perkongsian ini.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini!
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda ^^ blog ini amat menarik sekali!
ReplyDeletewah sungguh menarik perkongsian anda!
ReplyDeleteLokasi yang dikunjungi saudari Qurratu amat menarik dan suasananya sungguh nyaman.
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.
ReplyDeleteSyabas saudari ! Saya sangat sukakan gambar fenomena alam yang saudari tampilkan . Saya berharap agar dapat meluangkan masa bersama keluarega saya suatu hari nanti di sana.
ReplyDeleteWahh!!menariknya blog yang anda hasilkan������..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Setelah membaca blog ini,saya tertarik untuk kesana.
ReplyDeleteWah, anda menggunakan bahasa yang baik dalam penulisan! Blog ini juga amat berguna kepada pembaca.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sungguh menarik!😍
ReplyDeleteWah!Perkongsian yang menarik!Saya amat berbesar hati untuk membacanya kerana ianya kreatif dan bermanfaat.
ReplyDeleteBlog anda sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian anda. Anda membuatkan saya tertarik untuk ke sana.👍👍👍👍
ReplyDeleteCara penulisan yang cukup untuk menarik minat pembaca dilengkapi dengan gambar yang banyak lebih menggambarkan suasana tempat yang anda lawati. Tahniah. Teruskan usaha anda.
ReplyDeleteSaya sangat suka akan blog yang anda hasilkan ini. semoga anda berjaya menjadi penulis blog pada suatu hari nanti. Syabas!👍🏻 Untuk pengetahuan anda, saya juga melawati Zoo Johor.
ReplyDeleteMenariknya!! Saya pun setuju bahawa muzium muzium ini perlu dikekalkan!!
ReplyDeletemenarik sungguh perkongsian blog awak . gambar juga begitu menarik
ReplyDeleteWah! Perkongsian anda ini membuatkan saya ingin bercuti ke sana dengan segera. Banyak tempat-tempat yang menarik perhatian saya.
ReplyDelete😍😍 Wah, seronoknya! Saya terasa ingin pergi ke sana. Pengalaman anda sangat menarik.
ReplyDeleteSeronoknya dapat bercuti bersama-sama denga keluarga. :)
ReplyDeleteWahh! Blog ini sangat manarik serta dipenuhi dengan cerita cerita yang mengujakan! Harap anda akan menjadi blogger terkenal pada masa akan datang! Tahniahh!
ReplyDeleteSaya amat berpuas hati setelah membaca blog awak yang menarik ini .
ReplyDeleteWahhh! Sungguh menarik perkongsian anda bersama keluarga :D Saya seperti ingin kesana suatu hari nanti. Semoga terus sukses !!
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya harap anda akan menjadi blogger yang berjaya pada masa akan datang
ReplyDeleteMenarik dan saya tertarik. Mantaplah penulis ! Comel -comel ikan bilis , comel lagi si tuan penulis. Semoga maju jaya penulis.
ReplyDeleteWah
DeleteWah!Penulisan yang agak menarik. Saya teruja membacanya. Tidak disangka bahawa Johor ini juga mempunyai banyak kawasan yang seronok fan menarik perhatian. Awak telah membuktikan kepada saya yang negeri kelahiran saya ini mempunyai banyak kawasan yang menarik. Mungkin saya akan pergi ke tempat yang awak telah awak ceritakan di laman blog awak ini. Syabas!😊😁
ReplyDeletePenulisan blog ini sungguh menarik.Perkongsian dan ilmu yang diberikan sangat bermanfaat.Saya berasa teruja membaca blog saudari walaupun saya memang dilahirkan di sini
ReplyDeleteperkongsian awak tentang percutian ini membuatkan saya tertarik untuk kesana walaupun dengan sekadar membaca perkongsian dari anda.hal ini oleh kerana perkongsian yang amat menarik dari anda.
ReplyDeleteHebat sungguh perkongsian saudari Qurattu.Biarpun saya duduk di kawasan berhampiran Pontian namun saya tidak pernah melawat ke Muzium Bugis.Mungkin saya patut mengetahui sejarah mengenai Bandar Pontian.Terima kasih atas perkongsian saudari.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik Dan bagus...
ReplyDeleteWah comel betul penulis ini. Penulisan yang amat menarik dan informasi yang lengkap dan mudah difahami (selamat hari raya qurrs uwu) (enjoy your day at home 😂🦋) (nanti tuntut lah ye duit raya <3😂)
ReplyDeleteWah! Seronoknya anda sekeluarga. Saya juga mahu kumpul banyak pengalaman di Bandar Pontian dan menambah ilmu pengetahuan saya seperti anda. Terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeletepengalaman yang sungguh menarik serta penuh dengan kegembiraan terutamnya bila bersama disamping keluarga tercinta. cara penulisan juga dramatis sekali
ReplyDeleteWah! Manis sekali percutian anda bersama keluarga tercinta pada cuti ini. Cara penulisan blog anda juga menarik minat untuk dibaca.🤩
ReplyDeleteperkongsian anda di dalam blog ini amat menarik minat pembaca untuk ke sana .penulisan anda juga mempunyai ayat yang gramatis untuk dibaca .
ReplyDeleteWah, menarik sungguh gaya penulisan anda! Saya berharap agar saya dapat pergi ke sana.
ReplyDeleteWAH1 SERONOKNYA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN AWAK.SANGAT MENARIK DAN PADAT DENGAN MAKLUMAT.
ReplyDeleteBlog ini sangat bagus kerana penulis menceritakan pengalamannya bercuti di negara sendiri.Dengan erti kata lain, penulis telah mempromosikan negara kita dan membantu memajukan industri pelancongan dan ekonomi negara.Syabas! :)
ReplyDeleteWah!blog yang sangat menarik untuk dibaca.Perkongsian saudari juga sangat terperinci sehingga membuatkan saya tidak jemu membacanya.Gambar-gambar saudari juga menunjukkan betapa seronoknya berkunjung ke sana.Terima kash atas perkongsian yang bermakna ini.:D
ReplyDeleteSungguh kreatif dan menarik sekali blog saudari . Saya sangat teruja membaca blog saudari. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman bercuti yang bermanfaat ini 👍🏻
ReplyDeletePerkongsian anda sangat menarik ditambah lagi dengan jumlah gambar yang banyak dan struktur ayat yang sangat tersusun dan gramatis
ReplyDeleteBlog yang amat menarik sekali kerana mempunyai banyak gambar. Video juga disunting dengan baik sekali. Tahniah :)
ReplyDeletewahh seronoknya perjalanan kamu, Qurratu!!! Saya sangat suka akan gambar-gambar yang disertakan tambahan pula dengan video previu kamu😍😍😍
ReplyDeleteWah! Perkongsian yang sungguh menarik. Terdapat ayat gramatis dan gambar yang dapat membuatkan saya hendak bercuti ke sana. Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik .Terdapat pelbagai pengalaman yang diceritakan oleh anda.Saya berharap untuk ke sana suatu hari.
ReplyDeleteCara penulisan yang cukup untuk menarik minat pembaca dilengkapi dengan gambar yang banyak lebih menggambarkan suasana tempat yang anda lawati. Tahniah. Teruskan usaha anda.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca oleh orang ramai kerana mengandungi ayat gramatis dan gambar-gambar yang menarik.Penceritaan pengalaman anda membuatkan saya ingin berkunjung ke sana.Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteWah! Sungguh menarik tempat-tempat yang kamu pergi ini. Blog ini juga mempunyai info yang berguna
ReplyDeleteWahh,menariknya blog awak!! Jalan cerita awak yang menarik membuatkan saya teruja untuk membaca.Semoga menjadi blogger yang terkenal dan berjaya
ReplyDeleteSeronok membaca aktiviti berfaedah anda bersama keluarga. Penulisan blog sangat tersusun bahasanya dengan foto yang cantik penyeri mata. Tahniah!
ReplyDeleteWah!percutian di negeri sendiri juga seronok!Tahniah kerana berjaya mneghasilkan blog.
ReplyDelete